إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.

مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأََرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.

أَمَّا بَعْدُ:

فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.

Aku bersaksi bahwasanya tidak ada sesembahan yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (QS. Ali ‘Imran: 102)

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakanmu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya, dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (menggunakan) Nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” (QS. An-Nisaa’: 1)

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al-Ahzaab: 70-71)

Amma ba’du:

Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (al-Qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (as-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.

Tanah Malayu 1905-1950

Tanah Malayu 1905-1950
Ikrar Perjuangan Demi Agama, Bangsa & Tanah Air...

Recent Posts

YouTube Video | Facebook Fanpage



Sirah Nabi Muhammad S.A.W (Bab 2–Siri 4)

Muhammad-Rasulullah - bab 2 siri 4

Berdakwah Kepada Keluarga Terdekat

Selepas itu, Muhammad bin Abdullah diperintahkan menyampaikan secara khusus kepada ahli keluarganya yang terdekat. Beliau mengumpulakn kaum kerabatnya daripada suku Abdul Mutallib di rumahnya. Mereka semua datang.

Sebelum Muhammad bercakap, Abu Lahab bangun bercakap dulu, “Wahai Muhammad, kalau engkau mengumpulkan kami untuk memperkatakan tentang agama kamu, cukup! Jangan bercakap, kami tidak ada masa untuk mendengarnya.”

Oleh kerana suasana yang begitu tegang, Muhammad menangguhkan dulu apa yang ingin disampaikan. Selepas itu, Muhammad memanggil lagi semua kaum kerabatnya. Tetapi beliau tidak memanggil lagi Abu Lahab. Muhammad memuliakan mereka dengan membuat kenduri dan jamuan makan. Selepas itu, baru Muhammad bercakap kepada mereka.

Muhammad menyebut nama mereka seorang demi seorang sampailah ibu-ibu saudaranya dan anak-anak perempuannya. “Wahai polan, wahai Sofiyyah, wahai Fatimah, aku tidak dapat membela kamu di depan Tuhan melainkan kamu menerima agama Tuhan ini.”

Melalui majlis itu, sebahagian daripada keluarga terdekatnya menerima Islam. Antara yang menerima Islam pada masa itu adalah ibu saudaranya Sofiyyah binti Abdul Muttalib iaitu ibu kepada Zubair bin Awwam.

Muhammad meneruskan dakwahnya mengajak orang ramai kepada Tuhan yang sebenar. Ramai orang mula masuk Islam terutama dari golongan orang miskin dan golongan yang lemah. Selain itu, orang-orang yang tidak ada kuasa dan golongan masyarakat jelata. Antara yang masuk Islam pada masa itu adalah Yasir, isterinya Sumayyah dan anaknya Ammar. Begitu juga Khabbab bin Arat, Bilal, Suahib al-Rumi, Amir bin Fuhairah dan Abdullah bin Mas’ud. Mereka dari golongan hamba abdi dan ada yang merdeka. Tetapi tidak ada harta dan kuasa.

Pembesar-pembesar Quraisysudah mula melarang masyarakat daripada menigkut Muhammad. Abu Bakar yang pada masa itu bertekad meyampaikan dakwah pergi ke Kaabah dan membaca al-Quran di situ dengan suara yang kuat. Pembesar-pembesar Quraisy yang tidak tahan melihat hal itu memukul Abu Bakar sehingga berdarah mukanya.

Antara yang mengiklankan keislamanselain daripada Abu Bakar ada Abdullah bin Mas’ud. Abdullah bin Mas’ud pada masa itu mengambil upah menjaga kambing-kambing Uqbah bin Mu’it. Menurut sejarah, Abdullah sangat kurus orangnya sehingga orang-orang Mekah selalu memperkecilkannya kerana badannya yang sangat kurus. Sahabat-sahabatnya di Madinah juga pernah tertawa melihat betis Abdullah yang sangat kecil itu.

Semasa dia menaiki keldai, betisnya terbuka. Sahabat-sahabatnya yang melihat kejadian itu tertawa. Muhammad berkata kepada sahabat-sahabatnya, “Wahai sahabat-sahabatku, adakah kamu mentertawakan kurusnya betis Ibnu Mas’ud? Demi Allah, kaki Ibnu Mas’ud ini dalam timbangan Allah lebih berat daripada Bukit Uhud.”

Abdullah bin Mas’ud pergi ke Kaabah dan membaca surah al-Rahman dengan suara yang nyaring.m Orang-orang Mekah yang belum Islam mula mendatanginya dan memukulnya. Abdullah tetap meneruskan bacaan. Dia menahan dan tidak menghiraukan orang yang memukulnya. Dia terus membaca surah al-Rahman. Apabila sampai berita itu kepada Muhammad beliau bertanya, “Wahai Ibnu Mas’ud, apa yang kamu buat?”

Ibnu Mas’ud berkata, “Kalau kamu mahu, saya akan ulang lagi hal itu esok, saya akan ulang lagi.”

Muhammad berkata, “Cukup! nanti dulu!”

Apabila dakawah semakin rancak, orang Mekah yang belum Islam semakin tercabar kerana merasakan tuhan-tuhan mereka diperbodohkan. Mereka datang mengadu kepada Abu Talib Ketua Mekah pada masa itu yang mana Muhammad berada dalam jaminan beliau. Mereka meminta Abu Talib berlepas tangan daripada Muhammad bagi membolehkan mereka menghadapi Muhammad dengan cara mereka ataupun Abu Talib memerintahkan Muhammad berhenti daripada dakwahnya.

Abu Talib berkata, “Ini anak saudaraku jangan ada sesiapa pun yang mengganggunya.” Muhammad terus meyampaikan dakwah di bawah pembelaan Abu Talib, bapa saudaranya yang menjadi ketua orang-orang Mekah pada masa itu.

“ Nantikan sambungan Sirah Nabi Muhammad S.A.W (Bab 2 “Dakwah pada Zaman Mekah” – Siri 5) yang bertajuk: Quraisy Meminta Abu Talib Menghentikan Dakwah Muhammad”

Comments
0 Comments

0 comments:

Comment here

Semua komen yang Anda tulis adalah tanggungjawab Anda sendiri ... Berani kerana Benar ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts